Wednesday, January 14, 2009

Tidak Wajar Boikot KFC dan Pizza


Kepada rakan-rakan sekalian, didapati bahawa ramai yang ingin memboikot produk yang dikeluarkan oleh Kentucky Fried Chicken(KFC) dan Pizza Hut. Bagi saya, tanggapan ini adalah tidak sesuai kerana faktor berikut :

- KFC Holding, Pizza Hut Restaurant, Ayamas, Rasamas dan Life di Malaysia adalah syarikat yang di bawah naungan QSR Brands Sdn. Bhd. yang Ahli Lembaga Pengarahnya dipengerusikan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim serta 4 lagi Pengarah yang beragama Islam. Klik di sini..

- QSR Brands Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu daripada pelaburan Johor Corporation (atau dahulu lebih dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Johor). Klik di sini..

- Johor Corporation (JCorp) merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan secara Islamik dan dipengerusikan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim. Klik di sini..

- Johor Coorporation adalah syarikat induk yang menguruskan Kulim (Malaysia) Bhd., KPJ Healthcare Bhd. dan Johor Land Bhd. Klik di sini..

- Johor Corporation juga telah mewakafkan aset saham syarikatnya dengan aset bersih sebanyak RM200 Juta (US53.6 Million) secara Islamik 20 Disember 2007. Klik di sini..

-Antara projek wakafnya yang begitu terkenal dan membantu komuniti dialah Klinik Waqaf An-Nur yang banyak ditubuhkan di masjid-masjid daerah dengan memberi khidmat perubatan termasuk Homodialisis kepada masyarakat dengan bayaran yang murah dan mampu bagi orang yang tidak berkemampuan. Khidmat doktor kebnyakannya adalah khidmat doktor sukarela yang ingin melakukan Khidmat Bakti kepada masyarakat.



-Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim juga Penerima Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H/2006M . Klik di sini.. Pautan :

- KFC Holdings Sdn. Bhd.
- Pizza HUt Restaurant.
- Ayamas Food Coorperation Bhd

1 comment:

  1. yeyeye...bley mkn kfc..
    bley mkn pizza..
    tapi....
    kne tggu elaun masuk la..
    hahaha
    -lieya-

    ReplyDelete