Saturday, January 17, 2009

Penafian dari Batbatov



"Saya tidak bersalah!" Tegas pemain berkaliber tinggi ini ketika ditemui sedang chatting di sebuah cybercafe di ibunegara awal malam tadi.

Seperti ramai yang telah sedia maklum, ada spekulasi yang mengatakan beliau merupakan dalang disebalik fitnah pemain yang baru dipindahkan ke Old Traford ini, berkenaan isu Gay.

"Saya cuma memberikan pendapat berdasarkan apa yang saya lihat di blog beliau", tegas Batbatov lagi.

Sememangnya sebelum ini kita tahu bahawa Matno Dani dan Batbatov mempunyai sedikit salah faham. Semuanya berpunca kerana mereka sering merebut title "Pemain paling kacak" anjuran FIFA, yang mana selalunya kedua-duanya tidak akan menang sama sekali.

Mungkinkah dengan spekulasi ini, hubungan mereka berdua akan menjadi lebih akrab, sama seperti Ronaldo dan Rooney? Sama-sama kita lihat.

-Bernama

1 comment:

  1. batbatov???
    tahan bola x btui nk jd player man u.. hahaha..
    blah la wey.. haha... man u akan amik wanchope dulu sblom hang... hahaha

    ReplyDelete