Wednesday, January 21, 2009

Malaysia 0, UAE 5.. Adakah FAM belajar daripada kesilapan lalu?

Keputusan perlawanan malam tadi amat mengecewakan para peminat dan penyokong bola sepak Malaysia. Keputusan Malaysia dikalahkan UAE sebanyak 5 gol tanpa balas merupakan satu mimpi ngeri yang mungkin menjadi permulaan kepada kekalahan yang lebih besar lagi jika tidak di"ubati" segera.

Perlawanan malam tadi merupakan kayu pengukur bagi mengkaji kesan larangan pemain import di liga bola sepak tempatan. Memang benar ketiadaan pemain import mampu menonjolkan lagi bakat anak tempatan yang mungkin hanya mampu bermain di peringkat tempatan sahaja dan tidak sesuai untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kehadiran pemain import adalah penting bagi menggalakkan persaingan dan meningkatkan "level" persaingan di kalangan pemain bola sepak tempatan. Diharapkan agar, hasil perlawanan akan datang berjaya diperbaiki dan bukan di"pertingkat"kan jumlah gol yang dibolosi. Berikut adalah sedikit gambar di perlawanan antara Malaysia dan UAE malam tadi.

Kehadiran penonton adalah memberangsangkan

UAE dianugerahkan sepakan penalti pada gol kedua

Keptusan semasa yang ditayangkaan hanya sehingga keptusan 0-4.
Malangnys keputusan penuh 0-5 gagal ditayangkan mungkin
kerana komputer "hang" sebab jarang dapat keputusan sebegitu tinggi.

Ramai penonton yang berang dengan keputusan
perlawanan mengambil keputusan untuk pulang awal.


No comments:

Post a Comment