Sunday, December 28, 2008

Perhatian kepada penghuni rumah Mawar Biru

Sejak dua menjak ni, blog ini sering dikunjungi oleh beberapa orang awek dan orang yang entah-dari-mana-aku-pun-tatau.

Jadi, marilah kita menjaga tatasusila kita supaya tidak mencemarkan imej kita sebagai bakal guru yang ekslusif lagi eksekutif.

Kepada semua pengunjung, sila buat macam rumah orang bila bertandang ke sini, huhu..Nak datang ke rumah yang betul? Kena tunggu kami buat open house la.


p/s: Rebel tetap rebel, mencarut tetap mencarut, dan zila tetap tak ensem.

Salam Maal Hijrah 1430H

Semoga hijrah kali ni membawa seribu makna kepada kita.

Membangun bersama Islam Hadhari!

Nasib baik la aku sempat online, nak harap Zila? Hurm..bersawang la blog ni gamaknya.

30hb ni aku balik, Jijie sila stenbai untuk ambik aku kat LRT Tasik Selatan.

Saturday, December 20, 2008

Arnab menyusu

Tengok la kehebatan anak-anak arnab nie menyusu. Memang rakus giler. Macam Bat pun ada. Tapi sayang. Yang warna macam bat xde. ahaks :)


Alalala, taktau nak letak tajuk apa..

Tadi petang kan, aku sempat chatting dengan Cham. Dia kata dia sihat, Alhamdulillah.

Ok tu ja nak bagitau.

Thursday, December 18, 2008

Arnab

Untk tatapan semua penghuni 'Penthouse Mawar Biru' yang masih di kampung... Nie la anak angkat kita yang masih lagi sihat walafiat. Dua putih dan dua kuning. Comel-comel lagi semuanya. Mata macam biasa la tak bukak lagi. Nanti dah bukak mata kompem lagi comel macam 'Arwah diddy'. Ahaks. Tentang nama korang jangan la risau ek. Kitorang dah tetapkan dah semua. Sebab semua 4 ekor. Nama pun diambil dari diddy. sekor Tengku, Sekor Scooter, Seekor Diddy, dan seekor lagi Mikhail. Ahaks.



Wednesday, December 17, 2008

Woi, updet la!

Apakah sebabnya tiada updet?

1) Streamyx buat hal kat penthouse rumah mawar biru.
2) Sibuk kerja sampai tak sempat updet blog.
3) Blog? Ah malas ah, layan astro lagi best.(Ya rumah kami ada astro)
4) Boring la takda orang baca blog ni, buat apa nak tulis banyak2.

Lantak hangpa la, hahahaha...

Tuesday, December 16, 2008

Rindu nak makan cendol

Aku miss la cendol madu taman connaught. Kepada membe rumah tersayang, kalau takleh pos cendol tu, pos gambar pun jadi la. Kempunan ni lahanat!^%@*^@%#!@^%@*^#

Sekian.

Makan Besar

Macam raya cina la plak bebudak umah yang masih ada kat sini. Ahaks. Malam nie kitorang beraksi kat dapur setelah sekian lama tak beraksi. Nak harapkan Bat beraksi? tak payah la wei. So menu special untuk kami berlima malam nie adalah Terung goreng Tempura, Ayam masak banyak rasa, dan juga sayur air bayam dan sawi + sosej. Memang terangkat la makan beramai-ramai nie setelah sekian lama memasing tak tunjukkan skill.

Terung goreng tempura

Ayam masak banyak rasa

sayur air bayam dan sawi + sosej


P/s : Kami berlima yang dimaksudkan adalah Izie, Nik Apik, Apiz, Yasir, dan juger Nik Ahmad.

Monday, December 15, 2008

Syeikh


Inilah Syeikh. Tapi nama sebenar beliau bukan begitu, nama sebenar beliau ialah Syaiful. Berasal dari Johor.

Antara super power beliau ialah, memanjat dinding. Sila rujuk gambar di atas. Kejadian berlaku di Cameron Highlands.

Selain kebolehan memanjat, beliau jugak berupaya untuk memanjangkan badan. Tak percaya? Sila rujuk gambar di bawah. Kejadian ini turut berlaku di Cameron Highlands.



Percayalah...

Info menarik: Beliau gemar memancing. Rakan sepasukan beliau ialah Bat dan Cham.

Bat


Inilah Bat. Nama sebenar beliau ialah Mohd Huzairy. Beliau dipanggil Bat kerana beliau sangat heBAT. Hebat ketika tidur. Pemegang ranking tertinggi dalam senarai pelajar yang ponteng kelas. Sering turun naik HEP sebab kena meeting dengan Ustaz Muaz. Berbincang tentang politik agaknya.

Masih solo walaupun muka not bad, kira manis la orang cakap. Suka jual mahal dengan junior sebab junior asyik nak enjoy ja sedangkan beliau sedang berkira-kira untuk mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat. Ingin menimang cahaya mata agaknya.

Ada skandal dengan beberapa pelajar perempuan maktab sebelum ini, tapi semuanya separuh jalan. Tiada jodoh antara kita.

Fakta menarik: Beliau merupakan kawan sekelas Fasha Sandha masa form 4 dulu.

Rozaimie


Ini Rozaimie. Kami semua panggil dia Rozaimie. Muka ada skit macam Fahrin, ala yang pelakon tu. Dia ada kereta, Protom BLM warna hitam, nombor plate JLAXXXX.

Dia dah ada awek. Tapi entah bila dia nak kenalkan awek dia kat kami. Oh ya, hobi Rozaimie ialah bermain bolasepak, dan bermain ragbi. Sebut pasal ragbi, beliau pernah dilayangkan kad merah kerana bertindak kasar di atas padang. Malang sungguh mangsa beliau. Kemungkinan besar mengalami kecederaan kekal.

Beliau pun ada blog, iaitu PantunCyber. Sangat popular dikalangan budak-budak sekolah yang tengah cari puisi, syair dan pantun sebab malas nak buat sendiri.

*Saja buat-buat cerita nak bagi sedap skit.

Waktu School Based Experience


Dari kiri, Bat memang macho, Matno tengah garu ketiak, dan Cham yang tengah sembang dengan sapa entah aku pun taktau.

Yang tidak kelihatan di dalam gambar ialah Syeikh, sebab dia yang tolong ambik gambar. Kami berempat duduk di sekolah yang sama. Kemungkinan besar, praktikum tahun depan pun kami nak pi sekolah ni lagi, boleh jumpa 'Abang' Jaafar, hehehe...

Khabar angin: Dengar kata Jijie pun nak mintak sekolah ni. Syabas Jijie.

Geng Mawar Biru

Dari kiri
Yasir, Wan Chope, Sheikh, Mat Nor, Roz, Mat Yie, Izie, Jijie, Afiq, Bat poyo, Cham
Tiada dalam gambar
Ukie


Korang semua mesti nak tahu kan saper penghuni Rumah Mawar Biru nie kan? Jangan tak percaya. Kami hidup bujang dengan kuantiti seramai 13 orang penghuni. Wah...Ramai bangat penghuni dalam rumah nie. Korunk jangan risau sebab umah nie umah teres dua tingkat yang mana umah paling ujung kat taman nie. Kiranya 'corner lot' la kami dapat. Rumah memang tersangat la besar yang mana dilengkapi dengan 5 bilik dan juga 3 bilik air. Alhamdulillah. Sepanjang kami tinggal bersama, masih aman damai dan nampak gayanya akan berkekalan hendaknya. Sebab tue la sampai boleh bela arnab bagai neh. Tue belum lagi masuk bab kura-kura ngan ikan lagi. hehehe.

Kisah **** Mengejaz Baju Tight Zilaaa.....




Zila telah mendapat satu tawaran daripada seorg jejaka yang menginginkan baju tight nye... Sungguh lucah keadaan itu.. Walaupun si jejaka itu mampu membeli kasut bola F50 yang berharga RM779.90 dengan harga pembelian RM19.90.. Dengan ini, beliau telah membuktikan kemahiran tawar-menawarnya... Dengan kemahiran itu, die cuba meng"ejaz" baju tight si budak zila.. tetapi gagal baginya untuk zila menjual baju tight yang berasal dari siam yang dijual di Rantau Panjang...Sungguh tinggi kekuatan iman Zila....

*Ralat pada post "Kelahiran Arnab" kerana nama Zila tidak disiarkan sebagai salah seorang penyelamat baby2 arnab itu.. maka dengan itu, dinyatakan pada ruangan ini bahawa Zila telah berjaya dihubungi untuk pulang pada keesokan harinya untuk menyusukan baby arnab itu di atas kesilapan dua orang bapa tumpang yang telah memberi susu arnab basi di atas peti ais... hahahaha.. Zila lah penyelamat kerana di kalangan 3 orang itu, zila saja yang mampu menunjukkan ke"terer"annya menyusukan arnab... hahahaha..

p/s : zila menyusukan baby arnab dengan membawa ibu arnab kepada anaknya tau.. bukan zila yang susukan sendiri.. zila xder susu
hahahahahahahahah...!!!!

Hidup penuh Ranjau

Bila korang semua nak balik umah weh. Xde orang nak masak nie. Aku balik kerja penat-penat ingatkan ada la jugak makanan kat bawah saji. Cian aku taw. Nak harapkan Wan Chope. Memang tak payah la wei. susah jadik lelaki yang bekerjaya tanpa ditemani oleh Insan yang bernama 'Isteri' nie. Nak harapkan si 'Nani' awek kepada 'Ronaldo tue? Aku jugak la yang bagi makanan kat dia. Beranak pandai. Nak susukan anak kena paksa-paksa plak. Apa la 'Nani' nie. Hish.

Yasir - Bekas Aktress Hong Kong yang telah dipecat


Ini Yasir, salah sorang ahli kongsi gelap rumah Mawar Biru. Dia orang Selangor. Tapi nak pergi rumah dia rasa macam jauh-gila-babi-tak-hengat-engko.

Gambar di atas dicuri tanpa izin dari flickr Zila Bakaren. Diambil ketika malam gala DnT yang mana malam tu Yasir la yang paling menyerlah. Tapi yang menyerlah cuma rambut dia, bukan dia. Yasir sila jangan marah, ini luahan perasaan aku saja. Hahaha.. =P

Awek sabah kat sebelah dia tu nama dia Elly Stencey, dan yang kat belakang tu nama dia Azmi.

Info tambahan: Yasir naik moto Yamaha Nouvo.

Tengku Scooter dalam kenangan


Ini la gambar err arwah Tengku Scooter. Wei boleh ka guna kata ganti nama arwah untuk binatang? Sori la aku jahil skit bab-bab agama ni. Tapi kursus pemantapan solat dengan kursus pengurusan jenazah selamba pulak aku pi kan?

Lepas ni tolong jangan letak nama pelik-pelik. By the way, baru aku tau laki Nani tu nama dia Ronaldo.

Kelahiran Arnab

Kepada seluruh penduuk Rumah Mawar Biru...
Dengan sukacitanaya dimaklumkan bahawa kita telah mendapat lagi ahli baru yang telah dilahirkan pada cuti semester yang lalu.. 5 ekor arnab telah dilahirkan oleh pasangan nani dan ronaldo. Seekor telah meninggal dunia dan 4 ekor lagi selamat..
Bidan yang bertanggungjawab menyambut kelahiran mereka tidak dapat dikenalpasti (mungkin telah melarikan diri keran gagal menyambut dengan baik seekor baby arnab) tetapi kesemua baby arnab itu telah dijumpai oleh Hafiz Math.. Menurutnya, pada suatu malam, ketika ingin memberi makanan kepada arnab, die melihat rumput bergerak di kawasan rumah arnab itu bergerak.. Die menyangkakana itu adalah ular tetapi sangkaannya meleset kerana itu adalah baby arnab..
Lalu dia telah menghubungi afiq di Kelantan untuk bertanya khabar serta memaklumkan berita itu.. Tetapi afiq yang mamai (kerana dikejutkan jam 2.00 pagi walaupun afiq xpernah tdo awl), tidak dapat membantu dengan nyata kerana KL terlalu jauh untuknya.. Maka, Yasir telah membantu Hafiz untuk mengambil baby arnab dengan cara Yasir memegang torch light berwarna merah dan hafiz menangkatnya denga kain..
Kini, setelah beberapa hari berlalu, baby arnab masih selamat tetapi belum mempunyai nama.. Kepada yang berminat untuk menyumbangkan nama, sila hubungi afiq melalui telefon bimbitnya.. Menurut sumber yang bleh dipercayai, nama yang bakal digunakan, adalah nama baby arnab yang telah mati hari tu.. Tengku Scooter n ape lagi lupe plak....
Ok, setakat ini sahaja dari kami............ Di rancangan................... Rumah Mawar Biru In Da House... Hahahahahah....!

Assalamualaikum (gaya nabil).. hehehe

Sunday, December 14, 2008

Aku Wanchope..

assalamualaikum... ari ni aku dah dberitau oleh laksamana jebat (bajet jebat ngn tuah laa) bahawasanya rumah mawar biru dah ade blog....

so.. skarang aku dah try surf n mmg btul dah ade blog... so, terbukti bahwa bat x menipu.. bat kini boleh dipercayai ( walaupun xselalu dipercaya)...

kepada warga penghuni mawar bru, bleh la contact bat untuk jad author... banyak keistimewaannnya.. nanti bat akan bayar royalti kat korang...

Wan Chop dah balik KL

Tadi, aku ingatkan zila bakaren yang online dalam ym, rupanya Wan Steel aka Wan Choppe. Entah apa yang dia buat kat KL aku pun taktau. Cuti kan ada banyak lagi.

Aku suspek dia nak basuh baju, takpun dia boring dok kat rumah.

Ini entri pertama

Disebabkan memori itu mudah luput ditelan dek zaman, aku cadangkan kita buat satu tempat untuk kumbahan gambar-gambar dan cerita-cerita kita. Maksud aku geng-geng rumah kongsi Mawar Biru.

Babi la aku dah jual henset aku. Takpa, tunggu elaun tahun depan, hahaha...