Thursday, January 29, 2009

Terima Kasih Kepada Rakan-Rakanku...

Alhamdulillah kenduri perkahwinan abang aku dah berjaya dilangsungkan. Aku juga bersyukur kerana majlis itu berjaya dijalankan dengan lancar. Tapi antara moment yang paling syok apabila kawan-kawan serumah dapat menghadiri kenduri di rumah. Kepada kawan-kawan yang datang;Roz, Yasir, Icam dan member IPRM nye(sori bro, aku lupe nama penuh), Zila, Gijie, Bos Azri, Khatib, Syeikh dan Matyie... Aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan (lebih tinggi drpd ketinggian aku.. hehehe.. )Yang tak dapat datang tu xpe.. korang tau rumah aku ade kenduri pn ok ape.. (sebenarnya aku banyak lupe nk jemput member aku,so korang memang bertuah.. hehehe).. Sori, aku xdpt upload gambar lagi.. Aku rembat prepaid internet akak aku kat umah.. Sebab tu lambat nk upload... Ari tu zila ade tangkap gambar.. Bleh mintak kat die..

Tuesday, January 27, 2009

Aku benci zila

Dah la suka pow rokok aku, pastu malas nak buang sampah kat belakang rumah.

Saya yang kecewa,
Babat

Wednesday, January 21, 2009

Malaysia 0, UAE 5.. Adakah FAM belajar daripada kesilapan lalu?

Keputusan perlawanan malam tadi amat mengecewakan para peminat dan penyokong bola sepak Malaysia. Keputusan Malaysia dikalahkan UAE sebanyak 5 gol tanpa balas merupakan satu mimpi ngeri yang mungkin menjadi permulaan kepada kekalahan yang lebih besar lagi jika tidak di"ubati" segera.

Perlawanan malam tadi merupakan kayu pengukur bagi mengkaji kesan larangan pemain import di liga bola sepak tempatan. Memang benar ketiadaan pemain import mampu menonjolkan lagi bakat anak tempatan yang mungkin hanya mampu bermain di peringkat tempatan sahaja dan tidak sesuai untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kehadiran pemain import adalah penting bagi menggalakkan persaingan dan meningkatkan "level" persaingan di kalangan pemain bola sepak tempatan. Diharapkan agar, hasil perlawanan akan datang berjaya diperbaiki dan bukan di"pertingkat"kan jumlah gol yang dibolosi. Berikut adalah sedikit gambar di perlawanan antara Malaysia dan UAE malam tadi.

Kehadiran penonton adalah memberangsangkan

UAE dianugerahkan sepakan penalti pada gol kedua

Keptusan semasa yang ditayangkaan hanya sehingga keptusan 0-4.
Malangnys keputusan penuh 0-5 gagal ditayangkan mungkin
kerana komputer "hang" sebab jarang dapat keputusan sebegitu tinggi.

Ramai penonton yang berang dengan keputusan
perlawanan mengambil keputusan untuk pulang awal.


Tuesday, January 20, 2009

Nak Tengok Bola Malam Ni?

Pasukan Malaysia yang "berjaya" mengecewakan dan memalukan
kita pada AFC yang lepas di Stadium Bukit Jalil


Malam ni, dak2 rumah mawar biru menganjurkan trip ke Stadium Bola Cheras untuk menonton perlawanan bola sepak Peringkat Kelayakan Piala Asia antara pasukan Malaysi dan UAE. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut dan boleh contact matyie untuk pesanan tikut. Pesan dengan fulus tau (RM10 jer)... Matyie xnk pesan air liur je.. hahaha.. (matyie menjadi booker tiket mlm ni)
Skuad Legenda Bola Sepak Malaysia, mampukah pasukan bola sepak Malaysia
kini mengembalikan kejayaan dahulu?


Super Mokh yang masih tiada pengganti

Kejayaan Terakhir Skuad Malaysia di peringkat antarabangsa,
Pesta Bola Merdeka 2007

Perlawanan Malaysia dan UAE

Petikan daripada http://www.fam.org.my/

Kelana Jaya: Pasukan Kebangsaan akan memulakan tahun 2009 dengan misi untuk melayak kan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 yang akan di adakan di Qatar. Diundi bersama-sama dengan pasukan UAE dan Uzbezkistan, pasukan Malaysia akan memulakan kempen kelayakan mereka dengan menentang pasukan kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari (Rabu) ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Perlawanan pertama ini akan bermula pada pukul 8.45 malam. Ini merupakan perlawanan pertama dalam kumpulan yang hanya dianggotai oleh tiga (3) buah pasukan sahaja iaitu Malaysia, Uzbezkistan dan Emiriyah Arab Bersatu. Bersama dengan Kenyataan Akhbar ini, diserta kan senarai pemain Malaysia yang akan menjalani latihan pusat bermula pada 15 Januari ini.

Para peminat bolasepak tempatan khasnya penyokong setia Malaysia adalah dijemput untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur nanti.


Dikeluarkan oleh Jabatan Media - FAM

SENARAI PEMAIN KEBANGSAAN YAN
G AKAN MENJALANI LATIHAN PUSAT KELAYAKAN PIALA ASIA 2011

Johor FC dan Kedah ke AFC 2009

Undian peringkat kumpulan ke AFC 2009 telah dijalankan pada 12 Januari 2009 yang lalu di AFC House, Kuala Lumpur. Pasukan Negeri Kedah dan Johor FC akan mewakili Malaysia ke kejohanan tersebut. Pasukan Negeri Kedah berjaya menyertai kejohan peringkat Asia ini adalah kerana menjuarai juara Liga Super pada Musim 2007/2008 yang lepas.Penyertaan Johor FC adalah sebagai menggantikan Pasukan Negeri Sembilan yang menjadi Naib Juara Liga Super 2007/2008.

Biar apa pun yang terjadi diharapkan peraturan FAM yang melarang kehadiran pemain import mampu membuatkan pasukan bola sepak Malayisa lebih mantap seperti yang diwar-warkan oleh pihak FAM sebelum ini.






Group F
1. South China (Hong Kong)
2. VB (Maldives)
3. Johor FC (Malaysia)
4. Play-off – East 1












Group G

1. Hanoi ACB (Vietnam)
2. Eastern Athletic (Hong Kong)
3. Chonburi (Thailand)
4. Kedah (Malaysia)

Organisasi Majalah B. Ed QUT

Alhamdulillah, tadi perjumpaan pertama bagi sidang ridaksi Mjalah B.ed QUT telah diadakan dan organisasi adalah seperti berikut :

Sidang Ridaksi Majalah B.ed QUT


Ketua Editor :

Muhammad Ridzuan Bin Jamhari

(DnT 3)


Ketua Bendahari:
Mohd Rozaimie Bin Rasit

(DnT 1)


Bendahari DnT :

Hishamuddin Shah Bin Mokri (Dnt 1)

Bendahari SN:

Najibulmutie (SN)


AJK DnT

-Yasir (Dnt 3)

-Hanif (Dnt 1)

-Razif (Dnt 3)

-Syafiqah (DnT 3)

-Norliza Oman (DnT 3)

-Mohd Nurazila (DnT 3)


AJK SN :

-Aizuddin (SN)

-Lew Shun Ching (SN 1)

-Tee Chia Ning (SN 2)

-Hidayati (SN 2)

-Syazwani (SN 2 )

-Hidayati (SN 2)


Graphic and Editing :

-Huzairy (Dnt 4)

-Ooi Ruo Sheng (SN 2)

-Fariz (DnT 3)


Setelah dibincangkan bersama Sidang Ridaksi telah bersetuju jumlah bayaran adalah RM 20 setiap pelajar dan diwajibkan kepada semua pelajar B.ed QUT agar dapat sama-sama memudahkan pengurusan..


Usaha ini adalah usaha bersama dariapda pelajar B.Ed QUT sahaja.




Monday, January 19, 2009

Hipotesis Kemangkatan.

Kebelakangan ini rumah mawar biru telah dilanda pelbagai kontreversi termasuklah kontreversi dalaman dan luaran. Antara isunya ialah pengakuan G*Y seorang ahli kongsi gelap serta perpindahan beberapa pemain ke kelab yang lebih mantap. Namun begitu, terdapat juga isu terbaru kesan kelembapan ekonomi dunia dan kelewatan elaun yang menghantui dan menyebabkan beberapa orang per*k*k tegar terpaksa menebalkan muka mengep*w rokok orang lain.

Sebenarnya, itu semua adalah gosip liar lagi tidak berperikemanusiaan dari seorang reporter yang bermuka violent walaupun sebenarnya reporter tersebut mempunyai simptom "scarewife". Beliau sebenarnya cuba untuk menutup simptom tersebut dan kebocoran rahsia mengenai dirinya yang selalu dipulas telinga oleh 'bininya' jika beliau nakal. Adakah strategi beliau akan menjadi????

Tetapi, isu sebenar yang ingin diketengahkan disini ialah mengenai kemangkatan beberapa anak angkat rumah mawar biru. Terdapat desas desus yang mengatakan rumah mawar biru diserang virus. Mengarut dan tidak berasas sungguh tuduhan itu. Kasihan pada virus yang telah difitnah itu. Sebenarnya, terdapat punca lain kemangkatan mereka. Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh oleh seorang 'technician' disana, kemangkatan mereka adalah disebabkan oleh 'dehidration' ataupun tidak cukup air. Ini kerana, mereka masih belum pandai minum sendiri. Ini berdasarkan bukti yang menunjukkan air yang diberi tidak terusik walaupun sedikit. Mereka masih perlu disuap air untuk minum. Namun, adakan berita ini benar? ini hanyalah hipotesis awal. Kita nantikan pula keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh bat didalam tidurnya...

Sunday, January 18, 2009

'DEWA PENGEPOW ROKOK'

Semalam kite dikejutkan dengan juara lagu ke 23. namun bgitu, tiada yg lebih mengujakan berbanding dengan dewa di taman orkid desa. bagi kurun ke 84 ini, wujudnye perokok tegar dikalangan guru pelatih dek angin bertiup kencang, kencang lagi tiupan kentut 'haji wan'. Dewasa ini, perokok2 di rumah mawar biru sering diambang kekusutan bak jarak masa kemasukan elaun agak jauh, kira-kira 2 marhalah. Ape tidaknyer, keraguan terserlah bak kekurangan rokok didalm kotak secara tibe2 umpama air paip deras yg lupe ditutup penghuni rumah mawar biru di tandas ditingkat bwh. justeru, dengan resos2 yg signifikan, telah dianalisa dan beberapa calon telah dikaitkan dengan gosip ini. mereka adalah ;
chamkah?
farid kamilkah?
Gjiekah?
Jilakah?
Mat Uki?
matyie? jauh skali sbb die mmg x isap rokok.. bnda laen x tau la..
haji wan? dah taubat dah pas wat haji.. x isap dah benda2 lagho... tp kentutnye memg haram bejadah..
matroz? duit rokok disalurkan untuk membyar kete.... so mmg x isap..
afiq? sibuk ngn kontrak megecat, mane la ader mase nak isap rokok..
yasir? ish2... sushi king kang ader aircond, x leh isap2 rokok nih...tp skg ni ader skandl nagn G*Y. no time tu isap rokok
sheikh? hhmmm..... aku pon musykil die ni ske isap ape...
mAt anep? mmg x da duit nak bli rokok, sbb abis tambang teksi g putrajaya... ngn bayor bil tepon...
Matnor?..... dlm proses membina six pack.... dan dlm proses menjadi jelmaan 'mirnawan nawawi'...

so. undilah siapa yg 'dewa pengepow rokok' umah konot......




Bagi mengelakkan kontroversi dan konspirasi serta provokasi, gambar telah diubah bg menjamin hak 159 - hak anda di Astro






diatas merupakan calon2nyer....

hahaha

akhirny ak dh bjaye
kpd kwn2 jgn jeles
ak dh ade blog
hahahahah


jika DIIZINKAN Allah, ahli rumah mawar biru ingin pergi ke Palastine, terutamanya ke gaza city untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada saudara2 islam disana, namun apakan daya, duit tidak cukup. elaun pun xmasuk lg. elaun masuk nant pun xcukup2 jugak.. namun, bolehla membantu dengan memboikot produk ISRAEL. Mampos yahudi. Takbirr!! mampos yahudi. Takbir!! ............. Pas menang di ganu!! TAkbirr!!!!!!

ArNab HiLang Beb!!

adus...sapa kah yang telah menculik ronaldo dan nani kitorang ni?..adakah bat? sedey gak melihat kandang arnab kitorang.sunyi sepi tanpa kelibat mereka yang gemar berlari-lari anak bersama anak-anak mereka...eh. bukan anak-anak tetapi anak sahaja kerana baby arnab da tinggal sekor je ni..huhuhu xtaw la virus apa yg telah menyerang rumah kitorang ni.maybe virus baru kot..virus CHIKGUPUNYA...huhu..agak gerun mendengar nama virus itu..mungkin kerana bakal-bakal cikgu yang membela mereka..maka virus ini merebak dengan agak pantas..

Selamat Tahun Baru Cina Kepada Rocky dan Auntie Sebelah Rumah


Selamat Tahun Baru Cina kepada Auntie sebelah rumah dan keluarga beliau. Semoga dengan Tahun Baru Cina ini, Auntie akan lebih senang dan takkan gaduh dengan Rocky lagi. Betul Auntie, Rocky tak bersalah, die nk bermanja dengan Auntie je. Kalau Auntie tak caye, Auntie bley tengok die men kejor2 dengan Apek. Hahahahah!!! Ape2 pun.. Happy Chinese New Year!!

p/s nanti Chinese New Year Auntie ngan Apek jage rumah kita orang tau. Ktorang nk balik kampung cuti nanti. Amoi plak jgn nakal2... ;P

Saturday, January 17, 2009

Dia & Pramugari

Dia sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, Dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka Dia terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala Dia mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Dia: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Dia: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari….


~~Sharing is Caring~~

PAS menang

KUALA TERENGGANU, 17 Jan - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos

Matno Dani Memulakan Langkah Perdamaian...

Penghijrahan Matno Dani ke Liberpul FC
dikatakan menjadi punca perbalahan


Sabtu 21 Jan
- Matno Dani, pemain tengah Liberpul FC telah mengambil langkah perdamaian awal dengan menyiarkan gambar kenangan mereka bersama ketika mereka bermain untuk pasukan Malaysia. Gambar itu dikenalpasti ketika mereka dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sebelum ke Britain. Juga dikhabarkan bahawa, sebelum ke Britain, Batbatov telah menyatakan bahawa beliau kecewa dengan tindakan Matno Dani kerana berhijrah ke Liberpul FC dan bukan Manchester United.

Oleh itu, berlakulah sedikit salah faham di antara mereka. tetapi, selepas mereka berada di Britain, Matno Dani telah memutuskan hubungan persahabatan di antara mereka berdua di atas perbezaan fahaman kelab bola sepak masing-masing. Mungkin kerana itulah, Batbatov telah melancarkan serangn psikologi sebagai tanda konfrontasi beliau- RMB News

Kenangan TerindaH

gambar ini ketika matno dani dan batbetov masih bergelar sahabat dimana ketika mereka masih buleh makan sepinggan,tido sebantal, mandi lain-lain bilik air......

Saudaraku..

Bukankah sudah menjadi kebiasaan sifat manusia untuk membalas dendam? Apabila kita melukai hati seseorang dan sudah tentu dia juga ingin kita merasai sakit yang sama seperti yang dia rasakan. Mungkin kita tidak sengaja dan salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita yang membuat kita tersinggung oleh perkataan sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.

Namun demikian, sebagai manusia kita seharusnya menanam sifat bermaaf-maafan dan mendoakan kesejahteraan mereka. Anggaplah itu sebagai ujian dan cabaran kita sebagai manusia yang lemah ini. "Ya Allah, ampuni kesalahan2 saudara kami yang pernah menyakiti hati kami."

Bukankah Rasulullah pernah berkata, "Tiga hal di antara akhlak ahli syurga adalah memaafkan orang yang telah menganiayamu, memberi kepada orang yang mengharamkanmu, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu".

Oleh itu, kepada saudara2 ku, mungkin aku pernah menyakiti hatimu dan kau tidak membalas, dan mungkin juga kau menyakiti hatiku kerana aku pernah menyakitimu. Sudah pasti aku memaafkanmu. Tapi yang aku takutkan kalian tidak mahu memaafkan kesalahan2 ku.

~~Sharing is Caring~~

Penafian dari Batbatov



"Saya tidak bersalah!" Tegas pemain berkaliber tinggi ini ketika ditemui sedang chatting di sebuah cybercafe di ibunegara awal malam tadi.

Seperti ramai yang telah sedia maklum, ada spekulasi yang mengatakan beliau merupakan dalang disebalik fitnah pemain yang baru dipindahkan ke Old Traford ini, berkenaan isu Gay.

"Saya cuma memberikan pendapat berdasarkan apa yang saya lihat di blog beliau", tegas Batbatov lagi.

Sememangnya sebelum ini kita tahu bahawa Matno Dani dan Batbatov mempunyai sedikit salah faham. Semuanya berpunca kerana mereka sering merebut title "Pemain paling kacak" anjuran FIFA, yang mana selalunya kedua-duanya tidak akan menang sama sekali.

Mungkinkah dengan spekulasi ini, hubungan mereka berdua akan menjadi lebih akrab, sama seperti Ronaldo dan Rooney? Sama-sama kita lihat.

-Bernama

Penafian Matno Dani

Batbatov mengambil langkah berdiam diri

Sabtu 17 Jan - Peperangan di antara Matno Dani dan Batbatov semakin meruncing dan Matno Dani telah mendapat liputan luas daripada media. Batbatov mengambil langkah berdiam diri dengan tidak memberi sebarang kenyataan dan lebih memranjatkan lagi berita itu juga menjadi bahan liputan hangat oleh media di negara asal mereka, Malaysia. Selepas kenyataan Benitez pada sesi media yang lepas, Matno Dani pula tampil dengan menafikan kenyataan yang dilemparkan terhadapnya. Matno Dani menafikan kenyataan itu dengan menyatakan bahawa laman blog peribadinya telah digodam oleh penggodam yang dikenalai sebagai Yaser (bukan nama sebenar) Pihak polis masih menyiasat kes ini dan Matno Dani dijangka akan memfailkan saman ke atas Batbatov jika Matno Dani didapati tidak bersalah.

Aku LeLAki TuLEN!!!


assalammualaikum......saya Muhammad Nur bin Anuar ingin memberitahu anda bahawa terdapat beberapa insan yang mempunyai sedikit rasa dengki dan jeles di hati kecil mereka untuk mensabotaj saya dengan menyebarkan khabar-khabar angin yang palsu..saya nasihatkan insan2 ini untuk menjual surat khabar daripada menyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan air muka saya..mungkin saya mempunyai wajah yang sedikit ensem daripada mereka dan berpewatakan menarik yang membuat kan mereka jeles terhadap saya..oleh itu, dengan ini saya menunjukkan gambar kekasih awal & akhir saya untuk membuktikan saya ini lelaki tulen..kepada gadis2 melayu yang diluar sana, anda masih mempunyai ruang untuk hati kecil ini..saya juga ingin menasihatkan kepada penyebar2 fitnah ini untuk menonton filem MAUT agar meraka semua insaf dan ingat akan azab ALLAH S.W.T...INSAFLAH...

Benitez Siasat Pengakuan Matno Dani


Rafael Benitez


Sabtu 17 Jan - Di atas pengakuan berani mati oleh Matno Dani, pengurus Liberpul FC, Rafael Benitez, telah membuat kenyataan media secara mengejut di atas kes pengakuan G*Y -nya seperti yang dinyatakan oleh Batbetov daripada Manchester United FC. Oleh itu Benietz mungkin akan membuat keputusan mengejut agar Matno Dani akan dipindahkan secara percuma ke MUFC agar dapat meneruskan serangan psikologi di Old Trafford. Kemudian mereka akan kembali ke RMB FC selepas cuti Tahun Baru Cina nanti.



Laman blog yang mencetuskan peperangan
psikologi antara Yasir, Bat dan rakan sepasukan baru, Wanchope




Old Trafford bakal menjadi gelanggang baru
Matno Dani bersama Batbetov

Matno gay?



Gambar menceritakan segala-galanya..Mungkin Matno sudah bosan agaknya..hikhikhik

xoxo
Bat
(Musuh Matno)

M. Ridzuan & M. Nur Giat Menjalani Latihan Di Anfield

Wanchope dan Matno Dani berada di tiang gol kerana malu
dengan player hebat Liberp
ul FC (sebab tula gambar xclear)

Sabtu 17 Jan
- Dua pemain baru yang baru saja dipinajmkan ke Liberpul FC pada perpindahan musim sejuk yang lalu dilihat begitu tabah dan bersugguh menjalani latihan di Stadium Anfield. Mereka ialah M.Ridzuan ataupun dikenali (Wanchope) dan Muhd. Nur (Matno Dani) merupakan pemain yang sebelum ini beraksi untuk RMB FC dipinjamkan kerana menjalani latihan sempena cuti Tahun Baru Cina bermula 24 Januari hadapan.
M.Ridzuan dan M. Nur ketika sesi
pengenalan pemain di Anfield

Tetapi terdapat khabar angin mengatakan bahawa Matno Dani saja ikut Wanchope sebab nk promote baju dia yang Torres tolong pegang sebab busuk (lagipun Matn Dani bukan fan LIberpul FC.. hahaha). Matno Dani kemungkinan akan pulang awal kerana kekejangan kelengkang yang dialaminya ketika latihan di Malaysia dua hari lepas..

Friday, January 16, 2009

Kebaikan duduk iftirash


Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni... kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology , bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagiantubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:
1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Sharing is Caring~~


sumber : Bernama

Thursday, January 15, 2009

Punca siapa???

kunun2nya semua sudah dirancang....kunun2nya kol 645 kumpul dirumah konot..kunun2nya ramai gak yang nak join...kunun2nya nak konvoi naik moto ramei2...kunun2nya nak main air same2..walaupun banyak kunun2nya,akhirnya kunun2nya tidak terlaksana juga..siapa punca yg menyebabkan kunun2 ini tidak terlaksana?macam biasa...saya muhammad nur bin anuar selalu kata apa? haa...TAHUTAKAPA!!!!

Perpindahan terhangit Januari

nampaknya pemain sayap kanan Manchester United MatNo Dani telah berpindah ke kelab liberpul dan sekarang beliau giat berlatih bersama rakan serumahnya pablo wanchope dalam acara tuju tin yang bakal diadakan di stadium anfield pada ahad depan.semua dijemput hadir untuk menyaksikan aksi panas daripada mereka berdua...

Aku Support Perjuangan Yasir Menyokong Palestin Menentang Israel...


Sebagai seorang umat islam dan penyokong Palestin, aku support perjuangan Yaser menentang Israel seperti yang dinyatakan pada post nye yang lpas..
Yahudi Lakntullah... Sudah dinyatakan dari Nabi Musa dan Nabi Daud lagi.. Jangan percaya Yahudi.....!!!

YASIR PENERUS PERJUANGAN YASIR ARAFAT!!!

Wei... Jom g Gunung Nuang.. Kita g Mandi kat sungai...

Weiii. Kawan-kawan... Jom esok kite g mandi mannda kat Gunung Nuang. Allaaaa... Bukan mandi kat atas gunung. Mandi kat sungai die je... Ok ye... kite jumpe esok.. kat sini, aku letakkan gambar XPDC ke Gunung Nuang( Bukan mendaki, mandi je)... Gambar yang ade pd aku skit je.. Icam xbg2 lagi gambar kat kamera die...
Ni Gambar sebelum pegi


Ni la skuad penunggang motor yang pegi awal,
sehingga terlupe matyie tertinggal kat umah.. heheh


Ni la kenderaan PROTON SAGA ABR3371 berwarna maroon yang dilihat
sampai jam 7.45 pagi. Sungguh awal dia sampai....


Bat pun tidak lupe untuk membrikan "pose"
manjanya sebelum memulakan perjalanan sbg Boss
di tempat duduk belakang dan tak tau pakai tali pinggang keledar ke tak...
(panjang sungguh penerangan aku sbg shabat dan rakan
ku ini yang menjadi salah seorang designer majalah kenangan batch QUT 2006-2009)

Kenyataan Media M.Ridzuan

Di atas kesilapan M.Ridzuan (Wanchope) semasa menjadi "engineer" korang wat robot.. Wanchope mintak maap kat Apik, Matyie ngan zila .. Betul ni...!!! Wanchope mintak maap dengan nada ikhlas.........Wahahahah!!!! Dengan nada malu, Dirk Kuyt telah menolong aku dengan memperkenalkan diri aku kerana aku malu memperkenalkan diri sendiri.. Heheh... Jangan Jelous!!!!

Song for Gaza




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Ayuh! kita menadah tangan memanjatkan doa dan bermunajat ke hadrat Allah mendoakan kesejahteraan saudara2 kita dan HANCURLAH Yahudi LAKNATULLAH.. Tidak lupa juga untuk memboikot barang2 Israel!!! Mudah2han, usaha kita yang sedikit ini dapat membantu saudara2 kita di seluruh dunia khususnya di Palestin... Yakinlah kita! janji Allah pasti akan tiba. Palestin pasti akan menjadi nadi kebangkitan akhir zaman...


We Will Not Go Down (Song for Gaza)
Artis: Dark Bob | Ditulis oleh: Michael Heart

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




Wednesday, January 14, 2009

perhatiang!!!!



Holla!! Seorang lagi ahli rumah mawar biru kini telah bergelar blogger sejati! beliau menggelarkan dirinya hanifhsm yang memakai blog kolarbirukolarpink.

http://www.kolarbirukolarpink.blogspot.com/

kenapa beliau menggunakan nama itu? wallahualam. Walaupun wan chope telah mempromote sume2 bloggernisme kat bawah, namun beliau tetap tidak berpuas hati dan ingin mempromosikan blognye sendiri! dgn cara dan gaya yang tersendiri!
Namun, anda juga bolehla melewati laman blog bujal kooga!!

http://www.bujalkooga.blogspot.com/

kerna ada satu rahsia yang terpampang di blog itu! haha. nantikan dan saksikan! haha. ok.. ooppps, ade lg satu perhatiang! kepada perajurit2 dan serikandi dan xlupa juga serikeranda or askar2 di malaysia!! bolehla anda melewati blog dari bloggernisme yang kononnya mempunyai byk blog dan dah bosan hidup dengan blog, tetapi still mahu menubuhkan blog wataniahnya sendiri iaitu prebet uzur wan chope. silalah lawati blognya di

http://www.wataniahiptkl.wordpress.com/

setakat ini saja pengumumang atau perhatiang ini, silalah rajin2 menjenguh blog2 yang ada disini selain blog umah ni je semata-mata yer.. ok, adios!!

Tidak Wajar Boikot KFC dan Pizza


Kepada rakan-rakan sekalian, didapati bahawa ramai yang ingin memboikot produk yang dikeluarkan oleh Kentucky Fried Chicken(KFC) dan Pizza Hut. Bagi saya, tanggapan ini adalah tidak sesuai kerana faktor berikut :

- KFC Holding, Pizza Hut Restaurant, Ayamas, Rasamas dan Life di Malaysia adalah syarikat yang di bawah naungan QSR Brands Sdn. Bhd. yang Ahli Lembaga Pengarahnya dipengerusikan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim serta 4 lagi Pengarah yang beragama Islam. Klik di sini..

- QSR Brands Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu daripada pelaburan Johor Corporation (atau dahulu lebih dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Johor). Klik di sini..

- Johor Corporation (JCorp) merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan secara Islamik dan dipengerusikan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim. Klik di sini..

- Johor Coorporation adalah syarikat induk yang menguruskan Kulim (Malaysia) Bhd., KPJ Healthcare Bhd. dan Johor Land Bhd. Klik di sini..

- Johor Corporation juga telah mewakafkan aset saham syarikatnya dengan aset bersih sebanyak RM200 Juta (US53.6 Million) secara Islamik 20 Disember 2007. Klik di sini..

-Antara projek wakafnya yang begitu terkenal dan membantu komuniti dialah Klinik Waqaf An-Nur yang banyak ditubuhkan di masjid-masjid daerah dengan memberi khidmat perubatan termasuk Homodialisis kepada masyarakat dengan bayaran yang murah dan mampu bagi orang yang tidak berkemampuan. Khidmat doktor kebnyakannya adalah khidmat doktor sukarela yang ingin melakukan Khidmat Bakti kepada masyarakat.



-Yg Bhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hashim juga Penerima Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H/2006M . Klik di sini.. Pautan :

- KFC Holdings Sdn. Bhd.
- Pizza HUt Restaurant.
- Ayamas Food Coorperation Bhd

Tuesday, January 13, 2009

Ralat Pada Ruangan "bloggernisme"


Pada ruangan post yang lepas, Wanchope telah membuat kesilapan ejaan pada "bloggernisme" kerana wanchope pun tak tau ape maksudnye... Main taram je.. wahahahaha.. tapi manalatau Bat nak marah kan.... Die kan sensitif dengan ejaan2 ni.. (macamla Bat tu Kamus Dewan Edisi Keempat yang bergerak.. hehehe..) maaf juga pada rakan2 serumah yang lain yang tidak disiarkan laman blog mereka seperti roz, yaser, icam, syeikh,apik,matyie dan len2.. jgn majuk plak.... :p


Tapi kat sini. sebagai tanda ampunnnnnn.... aku ade "link"kan blog yang konfem best... hingga wat perasaan korang gembira dan ghairah... hahaha...!!!!





"blogernisme" melanda Rumah Mawar Biru

Sejak 2 3 ari ni.. Rumah Mawar Biru telah dilanda salah satu penyakit internet yang dipanggil "bloggernisme" berikut adalah antara blog2 yang diusahakan oleh penghuni2 rumah kediaman yang begitu power rangers ini.....













































Semoga dengan kemajuan mereka, semakin majulah hidup mereka... hehehe!!