Wednesday, December 30, 2009

Penempatan

Saya dapat penempatan di SK Telok Hutan Lesung, Kota Tinggi, Johor. Dengar nama sekolah pun dah naik gerun. Diharap kawan-kawan yang sedang berpesta di Segamat, Kulai, dan Pasir Gudang tidak melupakan diri ini.

Kalau rasa-rasa nak mandi laut, meh la kota tinggi.

Wednesday, December 16, 2009

Rumah mawar biru

p/s ~ nie gambar terakhir diambil dengan kesemua 12 penghuni Rumah MawarBiru ketika dinner batch. Best shot ever.

Mat Nur dah serahkan kunci.
Streamyx dah potong
Nik Apik dah ambil ASTRO

Masing-masing tengah berdebar
tunggu surat posting
berkuburnya Rumah Mawar Biru
Namun kenangan bersama tak dapat dilupakan.

Thursday, December 3, 2009

Bila semua sudah grad

Blog yang satu ni jangan lah dilupakan, wuwuwuwuwu...

Nanti aku updet screenshot chatting aku ngan matno, hahaha

Monday, September 14, 2009

xBERupdate?????

xde org nak update dah RMB blog?

Blog terhebat jaman sekarang ter tip top
pang pow pelepowww dah xde org nk update?

xpela coz masing2 busy kan duk praktikum..

pose pundah nka bih doh nihhh.....

sooo SELAMAT HARI RAYA...

MAAF ZAHIR... BATIN LUM LG COZ BUJANG G....

SELAMAT BALIK KG... N SELAMAT KEMBALI...

P/S.. dIMINTA AHLI rmb bwe kuih raye yg lebih2 nanti ok.. Alhamdulillah....

Tuesday, July 21, 2009

FifaOnline2 Bengong Malam Ni


gitar aku yang kehilangan clipnye dan balasannya, dak2 xleh men fifaonline... haha

Untuk pengetahuan semua, FifaOnline benging malam ni.. So, game dutangguhkan.. (wanchope suh bagitau kat korang)Dahla bengang guitar clip aku wanchope hilangkan.. hahah... nasib bek jumpe...

LIga Super RMB akan disambung semula malam ini.

Salah satu daripada stadium yang dilanda salji

Setelah lama Liga Super RMB ditangguhkan disebabkan musim sejuk yang lalu, kini akan disambung semula bagi meneruskan misi pasukan-pasukan masing bagi merebut Piala Liga Super RMB. Juara-juara daripada pelbagai liga dan benua seperti Belgium, Sweden, Britain, Italy, Amerika Syarikat dan juga wakil tunggal dari Asia, Busan Park, dari Korea Selatan akan bertemu kembali bagi mencapai impian mereka sebagai antara kelab terbaik di dunia.

Para peminat boleh mengetahui perkembangan terkini pasukan-pasukan kegemaran anda di website ini..

Thursday, July 16, 2009

LA Galaxy


Diperkenalkan kepada umum Pasukan LA Galaxy yg mana akan mengungguli LIGA RMB pada semester ini.

Goalkeeper
M. Reis

Defender
P. Degan, G. Halford, J. Sanchez, Junior Cesar

Midfield
A. Reid, S. Parashiv, A. Tettey

Striker
R. Pavluchenko, T. Henry, L. Landin

Subtitute
R. Delap, Mario Cotelo, R. Yanbaev, J. Eustace, J. Kolkka, David Beckham, L. Donovan

Wednesday, July 15, 2009

Kenyataan Akhbar Pertukaran Kelab Gigie

Dengan ini dimaklumkan bahawa bekas pengurus Suwon Bluwings, Mohd Hazizi Bin Md Sani telah bertukar kelab daripada Suwon Bluewings (Korea Selatan) ke kelab gergasi Sepanyol yang juga juara Liga Juara-Juara Erpoah 2008/2009, FC Barcelona.


Satu mesyuarat tergempar berkenaan isu ini telah dijalankan keran Mohd Hazizi telah melanggar peruntukan akta yang terkandung di dalam peraturan Liga Super Rumah Mawar Biru di mana setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kelab sahaja. Presiden Liga Super Rumah Mawar Biru, Dato' Mohd Yasir Bin Md Moktar bersama 7 lagi pengurus-pengurus kelab bola sepak yang menyertai liga ini telah bersetuju membenarkan Mohd Hazizi meneruskan aksi beliau dalam kancah liga bola sepak yang kita cintai ini. Persetujuan ini telah dicapai berdasarkan semangat setiakawan dan kesukanan sesama peserta. Semoga Mohd Hazizi akan terus maju jaya dengan kelab yang baru dikendalikan olehnya, FC Barcelona.

Keputusan Perlawanan LS RMB 15/7/2009

Sebanyak 10 perlawanan telah dijalankan. Keputusan adalah seperti berikut :

Trelleborgs FF (2) - (3) Anderlecht
Barcelona (2) - (0) Inter Milan
Anderlecht (1) - (1) Trelleborgs FF
Arsenal (2) - (0) Trelleborgs
Arsenal (2) - (0) Anderlecht
LA Galaxy (2) - (2) Arsenal
Anderlecht (4) - (1) Barcelona
Busan Park (4) - (3) Arsenal
Arsenal (5) - (3) Barcelona
Trelleborgs FF (1) - (1) Barcelona




Tuesday, July 14, 2009

RMB SL Fixtures and Table



FifaOnline Tak Boleh Main Sampai Pukul 5


Untuk maklumat semua, melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, FifaOnline tidak boleh dimainkan sehingga pukul 5, maka, perlawanan akan ditangguhkan sementara
game tak leh main, gi jalan-jalan dulu.. hehe

Pre-season frenly ngn latest transfer


Stadium Busan - Kebanggaan Busan I Park FC


Busan I Park merupakan kelab yang kurang ternama jika dibandingkan dengan Chelsea, Real Madrid, Barcelona, dan Inter Milan. Namun menjelang musim baru yang bakal menjelma, Penegrusi kelab telah berusaha untuk mendapatkan pemain tonggak utama iaitu Frank Lampard, Lukas Podolski dan juga Petr Cech bg mengukuhkan lg jenteranya. berikut merupakan kos ketiga2 pemain tersebut.

Lampard - 96.3 M - lg mahal dari ronaldo
Podolski - 87.65M
Cech - 53.86M






Ahn Jung Hwan - Pemain sedia ada Kelab Busan




Frank Lampard pada sesi latihan pertama di Busan i park



Lukas Podolski terlampau riang x terkata apabila
menyertai Busan yg dikendalikan Jose Nazri


Petr Cech terpaksa berlatih sebegini disebabkan suhu yg
lebih tinggi berbanding Eropah ( Culture Shock)

Selepas kehadiran muka2 baru, Busan i Park mengadakan perlawanan persahabatan sempena pembukaan musin baru. berikut adalah keputusannya.
Busan I park 12 - 0 Selangor





Aksi ketika menjaringkan gol
Busan I park 8 - 0 Kelantan





Aksi Ahn Jung Hwan menggelecek pemain Terengganu
Busan I park 4 - 0 Terengganu







Pemain Busan mencabar pemain T-TEAM
Busan I park 7 - 7 T-Team - Terikat dengan jaringan seri berikutan kehebatan T-Team di akhir musim liga perdana msia.


Mengikut resos-resos yg halal, Busan I park merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai Liga RMB bg season 2009.......

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Syeikh)

Kelab : Real Zaragoza
Negara : Sepanyol
Pengurus : Syaiful Lokman
Pemain Utama : Craig Bellamy
Steven Gerrard
Marcos

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Matno)


Kelab : Arsenal
Negara : England
Pengurus : Mohd. Nur Bin Anuar
Pemain Utama : Patrice Evra
Thierry Henry
Cesc Fabregas

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Gigie)



Kelab : Suwon Bluewings
Negara : Korea Selatan
Pengurus : Mohd Hazizi Bin Md Sani
Pemain Utama : Emmanuel Adebayor
Mikel Arteta

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Wanchope)





Kelab : Trelleborgs FF
Negara : Sweden
Pengurus : Muhammad Ridzuan Bin Jamhari
Pemain utama : Wayne Rooney
Renato
Emiliano Insua

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Matyie/Bretmot)

Kelab : Busan Park
Negara : Korea Selatan
Pengurus : Nazri Bin Abd. Aziz
Pemain Utama : Frank Lampard
Lukas Podolski
Petr Cech
Ang Jung Hwan

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (KakaRoz)





Kelab : Anderleicht
Negara : Belgium
Pengurus : Mohd Rozaimi Bin Abd. Rasit
Pemain Utama : Gareth Barry
Ricardo Carvalho
Antonio Cassano
Nazarenko

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Apikbuncit)


Kelab : Inter Milan
Negara : Itali
Pengurus : Nik Afiq Bin Nik Abdu Halim

Pemain Utama : Alexandre Pato
Borowski
Lionel Messi

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Eazy)

Kelab : LA Galaxy
Negara : Amerika Syarikat
Pengurus : Mohd Nurazila Bin Narizan
Pemain Utama :- Pavlyuchenko
- Thierry Henry


Liga Super Rumah Mawar Biru (LS RMB)




Dengan segala sukacitanya, pihak pengurusan RMB telah meng"gorgenize" Liga Super Rumah Mawar Biru untuk penyertaan seluruh penghuni rumah ini. Berikut adalah peraturan-peraturan LS RMB (jika xpaham,boleh rujuk pada papan kenyataan sebelah toilet Anip):

1) Gunakan kelab yang sama sahaja(Kelab sendiri sahaja)
2) Setiap kelab perlu main sampai habis liga.
3) Kelab yang xnak main, tak perlu main. Nama boleh cancel dengan diberi kemenangan 3-0 pada pihak lawan pada semua perlawanan.
4)Setiap keputusan perlu beritahu pencatat (wanchope/yasir)
5) Team boleh develop (+ player, DLL)

#masa perlawanan ikut waktu free & ade internet.




hotel mawar biru

mawar biru kini bertukar status dari rumah agam ke status HOTEL..

sejak krisis kemasukan elaun dan juga kelas yang begitu padat iaitu 4 jam saja seminggu penghuni mawar biru telah cuba menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang.

antara aktiviti yang dijalankan:

-buat asignment (main priority!) hahaha
-bejalan abiskan duit elaun
-blk kmpg dgn alasan nanti dh stat praktkum takle balik kmpg
-pergi makan sana sini
-shopping

disebabkan aktiviti tersebut penghuni tak pernah cukup

dah jadi mcm hotel pun ada..

penghuni macam biskut...kejap ada kejap takda

dengan ini diminta empunya blog iaitu enche bat supaya menukar nama blog ini kepada "hotel'

diharap permohonan ini diluluskan oleh pemegang saham terbesar..hahaha

p/s: enche bat juga tiada di rumah masa ini kerana bercuti di PD...tak bawak kitorang...dem!

Wednesday, July 1, 2009

Ke mana??

Ke mana kami selepas ini???

Mengikut sumber yang "sangat" boleh dipercayai iaitu matno, semester akhir ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan ramai pihak dalam satu masa

antara aktivitinya ialah:

bersiar-siar sekitar kota kelumpo
mendaki gunung tahan
bercuti ke eropah
bermalam di Genting


Macam-macam lagi yang matno plan...pelaksanaan entahla

entahkan jadi entahkan tidak.....

Makhluk kelaparan



Puas rasanya berendam di Sungai Congkak pagi tadi. Segala persiapan dirancang dengan rapi bagi melicinkan perkelahan 'bebudak laki' B.Ed QUT bagi kali ini. kehadiran 19 jejaka-jejaka idaman Malaya memang sedikit-sebanyak membantu memeriahkan perkelahan kami pada kali ini. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 8 pagi. Biasa la kan sebab dah xde kelas ubtuk hari ini. Lebih baik kami melakukan aktiviti yang boleh menarik hati kami. Bukan senang nie nak hangout sama-sama.

Aktivit pada kali ini adalah proses membakar ayam dan juga berendam di sekitar Sugai Congkak. Kalau dah ada ayam, kompem la memasing berusaha untuk membuncitkan perut masing-masing. Yang dah sedia buncit, tambah lagi aset yang paling berharga pada diri masing-masing tue. Memang seronok. Paling best bila semua dah turun ke dalam air. Bergelak ketawa bersama.

InsyaAllah, next trip akan diupdate. kemana haluan kami selepas ini? tunggu dan lihat sahaja.

p/s - mungkin ada kejutannya.

Wednesday, June 17, 2009

Laporan #1

Lampu bilik air paras bawah dah blow. Gula pun dah habis, ini menyukarkan proses mengeteh di rumah mawar biru.

Sehingga laporan ini ditulis, ahli rumah baru ada 3 orang yang dah balik, iaitu Bat, Nik Afiq, dan Yasir.

Terima kasih diucapkan buat Nik Ahmad sebab tolong jaga rumah. Dia cakap rumah kita ada hantu, aku harem buat-buat tak percaya.

Yang melaporkan,
Bat

Thursday, June 11, 2009

Siri bercakap dengan Matno







Sila klik gambar untuk paparan yang lebih ekselen.

Saturday, May 2, 2009

Kisah Abang

Apa dah jadi dengan penghuni Mawar Biru nie?
macam2 perangai dah timbul
sejak bila la kawan kita tue ada adik ek?
aku pun tak tau..
hehehe.
tapi malam nie..
terbongkar la cerita best nie.

Saturday, April 4, 2009

RUMAH MAWAR BIRU DILANDA MUSIM MENGAWAN!!!!

aru2 ini Rumah Mwar Biru dilanda satu musim yang agak mengejutkan semua pihak umpama MatNor yang tak kurus2. Namun begitu, krisis yg melanda lebih meruncing berbanding Pelantikan Perdana Menteri Malaysia Yang baru. Krisis yang melanda turut melibatkan warga Rumah Mawar Biru tatkala kehadiran burung-burung yang berkicauan berikutan dengan MUSIM MENGAWAN yang jatuh pada bulan April untuk tahun 2009. Sehubungan itu, ramai pihak2 berwajib seperti Ahli jawatankuasa tertinggi Rumah Mawar Biru turun padang bagi menyiasat dan mengenalpasti jenis2 burung yang datang berhijrah tanpa diundang itu. Berikut adalah jenis2 burung yang disyaki berhijrah di RUmah MaWar Biru ini:


Kakak Tua




Murai




Belatuk




Kelicap




Kiwi





Tetapi, ader jugak pihak yang dikenali sebagai MatNo (Bukan nama sebenar) menyifatkan bahawa burung yang datang bukanlah burung sebenar. Mungkin kehadiran burung2 tersebut adalah untuk megaburi mata sesetengah pihak yang menghuni di RUmah MaWar Biru ini. Seorang JurucAkap Yang maHu dikenali sebagai JIMMY mengatakan nama burung Yang Dikenal berkait Rapat dengan benda, Alatan, Kenderaan dan Juga sayur2-sayuran. Situasi kian meruncing apabila Setiausaha sulit RMB( Rumah Mawar Biru) , Rozaimon sempat meng' capture' gambar pada 5 April 2009 tatkala kehilangan salah seorang ahli RMB dengan tiba2. 
Sehubungan itu, AJK RMB diminta untuk memberi keterangan berikutan lembaga yang muncul dengan tiba2 tatkala kehilangan seorang ahli RMB secara tiba2..... diminta memberi kerjasama. sekian, Terima Kasih.

Yang bersabit,

Melodi RMB

Thursday, April 2, 2009

selamat berpraktikum



kepada geng2 mawar biru di ucapkan selamat berpraktikum..

kecoh...heboh...mana taknya awal betul budak2 ni bangun...hahaha
kalau pergi kelas kat maktab selagi jam tak pukul 7.50 tak nak bangun..hahaha

bukan tak bangun terus...lepas solat subuh kita orang sambungla tidur balik
ni dah mula praktikum amik kau....pukul 6 dah jaga..

semua duduk terpacak tunggu turn nak mandi..hahaha
pagi2 dah memekak...kesian kat jiran sebelah...

dahla malam pun kita orang bising...ni awal pagi pun bising...adoilaa
tak apala kira kita orang tolong kejut dia orang bangun..hehe

maka bertebaranlah anak Adam di sekitar hulu langat, len seng dan tak lupa juga geng tun hussein on...geng2 alam damai tak berani buat kat sana pasal elit sangat..hohoho
pukul 6.45 dah gerak..awal betul..semangat hari pertama...konon2la tu..kehkehkeh

dan diciptakan manusia berpasang2an...kita orang pun tak terlepas...majoriti geng mawar biru wat pair..tp orang2 kental cam cham dengan bat mengambil keputusan untuk wat sorang..bak kata bat...cari pengalaman lebih..cham pula cakap...ala nanti postingkan duduk sorang2..apa ada hal wat sorang..huhu

inilah antara komen2 guru praktikum hari pertama...1st impression konon2nya

bat: hari pertama letih sikit..biasala

cham: sekolah aku ramai gila cegu...gila ah

geng dusun tua (apik dengan syeikh): kita orang hari 1st dh kena ganti kelas...

geng dusun nanding (yasir dengan mayie) : budak sekolah kita orang power...ada cegu dia main
untuk KL
geng sungai serai (roz dengan wancop) : cegu sekolah kita orang offer diri nak terima shaun
(lecturer dari ausie)
hahaha..padan muka korang

geng tun hussein (jila dengan matno) : tak cakap apa2...sebab dia orang tak balik lagi..
(adakah mereka bakal jadi guru cemerlang praktikum)

tengok jela nanti macam mana...hahaha

apa2 pun selamat praktikum untuk semua yang terlibat dengan gejala ni..jangan tension2

rilek2 sudeh~~~~

Sunday, March 29, 2009

Cerita Bergambar ( Mara Bahaya)


Namaku tarJen, aku suka banget duduk dalam hutan. Merujuk gambar aku di atas, aku sedang mencari makanan untuk mengisi perutku yang lapar. Malangnya, hari ini nasibku agak kureng kerana tiada landak dan babi hutan yang melintas. Oh dem!


Tapi aku tidak mengalah, aku teringat pada kawan-kawan sehutan aku yang lain. Mungkin mereka boleh membantu aku untuk mencari makanan, getus hati kecil ku ini. Lalu aku menyanyi, "OooOOOooooOOOooooooOOOooooo...Kudaku lariii gagah berani! Ayuh maju!".


Selepas menyanyi, aku wajib melakukan jurus wajib iaitu menepuk dada berulang kali. Kool kan gayaku ini?


Sambil menunggu kawan-kawan perhutanan aku yang lain sampai, aku mengambil kesempatan untuk melepak dulu. Apa, ingat dalam hutan takleh lepak-lepak ka?


Oh ya, mereka sudah sampei! Aku bersiap untuk tiruk ke badan rakanku, iaitu seekor tapir jantan yang agak funky. Doakan agar rezeki aku murah hari ni ya!

Hasil nukilan,
TarJan
Renjer Hutan Gunung Nuang yang sesat