Puas rasanya berendam di Sungai Congkak pagi tadi. Segala persiapan dirancang dengan rapi bagi melicinkan perkelahan 'bebudak laki' B.Ed QUT bagi kali ini. kehadiran 19 jejaka-jejaka idaman Malaya memang sedikit-sebanyak membantu memeriahkan perkelahan kami pada kali ini. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 8 pagi. Biasa la kan sebab dah xde kelas ubtuk hari ini. Lebih baik kami melakukan aktiviti yang boleh menarik hati kami. Bukan senang nie nak hangout sama-sama.
Aktivit pada kali ini adalah proses membakar ayam dan juga berendam di sekitar Sugai Congkak. Kalau dah ada ayam, kompem la memasing berusaha untuk membuncitkan perut masing-masing. Yang dah sedia buncit, tambah lagi aset yang paling berharga pada diri masing-masing tue. Memang seronok. Paling best bila semua dah turun ke dalam air. Bergelak ketawa bersama.
InsyaAllah, next trip akan diupdate. kemana haluan kami selepas ini? tunggu dan lihat sahaja.
p/s - mungkin ada kejutannya.
lapar benor tuu...
ReplyDelete