Tuesday, January 20, 2009

Perlawanan Malaysia dan UAE

Petikan daripada http://www.fam.org.my/

Kelana Jaya: Pasukan Kebangsaan akan memulakan tahun 2009 dengan misi untuk melayak kan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 yang akan di adakan di Qatar. Diundi bersama-sama dengan pasukan UAE dan Uzbezkistan, pasukan Malaysia akan memulakan kempen kelayakan mereka dengan menentang pasukan kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari (Rabu) ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Perlawanan pertama ini akan bermula pada pukul 8.45 malam. Ini merupakan perlawanan pertama dalam kumpulan yang hanya dianggotai oleh tiga (3) buah pasukan sahaja iaitu Malaysia, Uzbezkistan dan Emiriyah Arab Bersatu. Bersama dengan Kenyataan Akhbar ini, diserta kan senarai pemain Malaysia yang akan menjalani latihan pusat bermula pada 15 Januari ini.

Para peminat bolasepak tempatan khasnya penyokong setia Malaysia adalah dijemput untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur nanti.


Dikeluarkan oleh Jabatan Media - FAM

SENARAI PEMAIN KEBANGSAAN YAN
G AKAN MENJALANI LATIHAN PUSAT KELAYAKAN PIALA ASIA 2011

No comments:

Post a Comment