Tuesday, January 13, 2009

Pengalaman saya menonton perlawanan bolasepak KL PLUS vs Penang

Semasa dinner bersama-sama ahli kongsi gelap yang lain malam tadi, matyie ada mengajak saya pergi menonton perlawanan bolasepak di stadium kuala lumpur. Turut meracuni saya ialah Rozaimie. Setelah mengenyangkan perut saya, saya pun terasa ingin mengikut mereka ini. lagipun, saya dah lama sangat tak tengok perlawanan bola secara live. Last saya tengok bersama abah tercinta saya semasa berumur 6 tahun(salah satu faktor dari mana bakat bermain bolasepak saya timbul).

Harga tiket yang berharga sepuluh ringgit tidak menghalang saya, walaupun saya sedar yang saya sememangnya sengkek sekarang(elaun tak masuk-masuk lagi). Namun, demi untuk memartabatkan arena bolasepak Malaysia, saya sanggup!

Di sana, saya juga banyak belajar dari Matyie dan Rozaimie. Saya belajar untuk memaki hamun pemain bola yang main macam haram, menjerit-jerit sampai hilang suara, dan meramalkan berapa gol yang akan disumbatkan oleh tiap pasukan.

Saya juga baru tahu yang saya boleh menghisap rokok di dalam stadium. Ini satu bonus buat saya yang bergelar seorang perokok tegar selama ini. Saya juga baru tahu yang ada penjual krepek dan air mineral yang menyamar sebagai penonton/peminat bolasepak di dalam stadium. Sungguh mengujakan!

Walau sehebat dan seteruk mana pun saya memaki hamun dan mencarut di dalam stadium tadi, pasukan pilihan saya iaitu Penang, gagal untuk memaparkan aksi cemerlang di atas padang. Saya sangat kecewa dengan keadaan ini, dan berura-ura untuk menyokong pasukan KL PLUS FC selepas ini dek kehebatan mereka, di samping status saya yang layak untuk dinobatkan sebagai orang KL.

Habis perlawanan, kami bertiga meraikan kekalahan pasukan pilihan kami tadi dengan aktiviti makan char kuew teow dan bandung magik di Bandar Tasik Selatan. Wanchop dan Sob menyusul selepas itu.

Selepas puas melantak, kami pun bergegas pulang kerana perut dah kenyang, dan lagipun esok ada kelas. Tak sanggup rasanya dimarahi oleh En Ghani dan Ustaz Muaz di atas ketidakhadiran ke kelas selepas ini.

Oleh kerana Wanchop menumpang untuk pulang bersama kami, maka saya dan Matyie ingin membuli beliau dengan pelbagai aksi di dalam kereta(gusti, picit hidung, dll). Akan tetapi, Wanchop sempat membuat counter attack dengan kentut secara sengaja di dalam kereta yang air-condnya terpasang. Sungguh celaka perangai Wanchop tatkala itu.

Kami berempat(tuan punya kentut pun tak tahan bau kentut sendiri) seraya membuka tingkap kereta untuk menghirup udara segar dari ladang. Sememangnya bau kentut Wanchop tersangatlah puaka umpama puaka Nyiang Rapik di TV3.

Saya rasa, setakat itu sajalah cerita saya untuk kali ini. Maaflah kerana tiada gambar, InsyaAllah akan diupload kemudian.

Sebelum terlupa, sokonglah arena bolasepak Malaysia. Hidup KL PLUS FC!

Hasil nukilan,

Batbatov
(Top Striker Abang-Abang FC)

No comments:

Post a Comment