Monday, January 19, 2009

Hipotesis Kemangkatan.

Kebelakangan ini rumah mawar biru telah dilanda pelbagai kontreversi termasuklah kontreversi dalaman dan luaran. Antara isunya ialah pengakuan G*Y seorang ahli kongsi gelap serta perpindahan beberapa pemain ke kelab yang lebih mantap. Namun begitu, terdapat juga isu terbaru kesan kelembapan ekonomi dunia dan kelewatan elaun yang menghantui dan menyebabkan beberapa orang per*k*k tegar terpaksa menebalkan muka mengep*w rokok orang lain.

Sebenarnya, itu semua adalah gosip liar lagi tidak berperikemanusiaan dari seorang reporter yang bermuka violent walaupun sebenarnya reporter tersebut mempunyai simptom "scarewife". Beliau sebenarnya cuba untuk menutup simptom tersebut dan kebocoran rahsia mengenai dirinya yang selalu dipulas telinga oleh 'bininya' jika beliau nakal. Adakah strategi beliau akan menjadi????

Tetapi, isu sebenar yang ingin diketengahkan disini ialah mengenai kemangkatan beberapa anak angkat rumah mawar biru. Terdapat desas desus yang mengatakan rumah mawar biru diserang virus. Mengarut dan tidak berasas sungguh tuduhan itu. Kasihan pada virus yang telah difitnah itu. Sebenarnya, terdapat punca lain kemangkatan mereka. Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh oleh seorang 'technician' disana, kemangkatan mereka adalah disebabkan oleh 'dehidration' ataupun tidak cukup air. Ini kerana, mereka masih belum pandai minum sendiri. Ini berdasarkan bukti yang menunjukkan air yang diberi tidak terusik walaupun sedikit. Mereka masih perlu disuap air untuk minum. Namun, adakan berita ini benar? ini hanyalah hipotesis awal. Kita nantikan pula keputusan bedah siasat yang dilakukan oleh bat didalam tidurnya...

No comments:

Post a Comment