Tuesday, January 13, 2009

Bat Suruh Aku Update Blog....



Disebabkan Bat telah menyuruh aku untuk meng"update"kan sedikit post kat blog ni, Aku akan cuba melayan kehendak die... Jika tidak dilayan, maka akan merajuklah jejaka yang bakal menyambut ulangtahun Jubli Perak nya bersama-sama dengan stesen TV swasta yang terkenal dengan slogan "Inspirasi Hidupmu"

Hari ni, aku dengan budak2 DNT 3 xder kelas kerana jadual ktorang best. Tapi masalahnya, masih terdapat sekelumit manusia yang ikut ktorang cuti gak. Bahaya ini...... ! Ini tak adil, dak DnT 3 tak ikut pun cuti dorang.. Tapi, nape dorang melakukan perkara yang sedemikian rupe... Heheheh.......!!!

Semalam, Bat, Matyie dengan Roz pegi tengok bola dat Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur... Aku tak ikut pun sebab ade tugas negara yang perlu diselesaikan... Wakakakaka... Tapi, apa yang menggembirakan aku ialah kemenangan Johor FC ke atas Selangor yang sebelum ini asek bangga dengan kemengan besar pada perlawanan-perlawanan liga super sebelum ini.. Tapi, xpe Ser.. hidup ni cam Roller Coster, kejap kat atas, kejap kat bawah.... Yang penting, Johor FC dah nek tangga Liga Super dah. Hehehe.. ;) Oleh itu kepada peminat bola sepak tempatan, silalah beralih kepada Johor FC yang semakin membisa sengatan lebahnya... Mat Nor, Apik,Jiji,Anik, dan Zila juga dialu-alukan untuk menyertai kami.. Sekiranya berminat... Layarilah www.johorfc.net .... Insya-Allah anda tidak akan kecewa.... :p

wajarkah????

wajarkah BAT memaksa aku 'mengcreate' blog semata-mata untuk mengutuk diri BAT sendiri??? arghhh, dimanakah kebebasan negara kita?? bukankah negara kita negara demokrasi? tapi aku relakan semuanya demi impian bat untuk menyuruh orang lain mengutuk dirinya. kan ku tunaikan impianmu wahai sahabat!

Pengalaman saya menonton perlawanan bolasepak KL PLUS vs Penang

Semasa dinner bersama-sama ahli kongsi gelap yang lain malam tadi, matyie ada mengajak saya pergi menonton perlawanan bolasepak di stadium kuala lumpur. Turut meracuni saya ialah Rozaimie. Setelah mengenyangkan perut saya, saya pun terasa ingin mengikut mereka ini. lagipun, saya dah lama sangat tak tengok perlawanan bola secara live. Last saya tengok bersama abah tercinta saya semasa berumur 6 tahun(salah satu faktor dari mana bakat bermain bolasepak saya timbul).

Harga tiket yang berharga sepuluh ringgit tidak menghalang saya, walaupun saya sedar yang saya sememangnya sengkek sekarang(elaun tak masuk-masuk lagi). Namun, demi untuk memartabatkan arena bolasepak Malaysia, saya sanggup!

Di sana, saya juga banyak belajar dari Matyie dan Rozaimie. Saya belajar untuk memaki hamun pemain bola yang main macam haram, menjerit-jerit sampai hilang suara, dan meramalkan berapa gol yang akan disumbatkan oleh tiap pasukan.

Saya juga baru tahu yang saya boleh menghisap rokok di dalam stadium. Ini satu bonus buat saya yang bergelar seorang perokok tegar selama ini. Saya juga baru tahu yang ada penjual krepek dan air mineral yang menyamar sebagai penonton/peminat bolasepak di dalam stadium. Sungguh mengujakan!

Walau sehebat dan seteruk mana pun saya memaki hamun dan mencarut di dalam stadium tadi, pasukan pilihan saya iaitu Penang, gagal untuk memaparkan aksi cemerlang di atas padang. Saya sangat kecewa dengan keadaan ini, dan berura-ura untuk menyokong pasukan KL PLUS FC selepas ini dek kehebatan mereka, di samping status saya yang layak untuk dinobatkan sebagai orang KL.

Habis perlawanan, kami bertiga meraikan kekalahan pasukan pilihan kami tadi dengan aktiviti makan char kuew teow dan bandung magik di Bandar Tasik Selatan. Wanchop dan Sob menyusul selepas itu.

Selepas puas melantak, kami pun bergegas pulang kerana perut dah kenyang, dan lagipun esok ada kelas. Tak sanggup rasanya dimarahi oleh En Ghani dan Ustaz Muaz di atas ketidakhadiran ke kelas selepas ini.

Oleh kerana Wanchop menumpang untuk pulang bersama kami, maka saya dan Matyie ingin membuli beliau dengan pelbagai aksi di dalam kereta(gusti, picit hidung, dll). Akan tetapi, Wanchop sempat membuat counter attack dengan kentut secara sengaja di dalam kereta yang air-condnya terpasang. Sungguh celaka perangai Wanchop tatkala itu.

Kami berempat(tuan punya kentut pun tak tahan bau kentut sendiri) seraya membuka tingkap kereta untuk menghirup udara segar dari ladang. Sememangnya bau kentut Wanchop tersangatlah puaka umpama puaka Nyiang Rapik di TV3.

Saya rasa, setakat itu sajalah cerita saya untuk kali ini. Maaflah kerana tiada gambar, InsyaAllah akan diupload kemudian.

Sebelum terlupa, sokonglah arena bolasepak Malaysia. Hidup KL PLUS FC!

Hasil nukilan,

Batbatov
(Top Striker Abang-Abang FC)

Monday, January 12, 2009

viDeo Khas uNtuk Bat~~~

i'm the LeAdeR


mintak maaf kerana kemunculan aku sebagai ketua rumah mawar biru dalam blog ini agak lewat...ini kerana ada beberapa usaha untuk mengagalkan aku utk memasuki blog ini yg telah dirancang oleh pencabar terdekat aku iaitu bat yang berniat untuk merampas kuasa dari ku...huhuhu

Barang baik nih



Layan Agnes Monica pun best jugak kan?

Kek Batik

Nampaknye ada orang beraksi kat dapur hari nie. Tak di sangka-sangka beliau menunjukkan bakat terpendam selama nie. Kek batik Uols. Saper leh lawan tuan punya gambar dada hari tue? aku pun dah merasa dah kek batik nie. boleh la tahan jugak rasanya. memang lepas nie kitorang planning nak buat bisnes kek batik jer. Saper-saper yang berminat boleh menempah di kaunter pertanyaan. tahniah kepada Yasir sebab bejaya menghasilkan kek batik neh. lepas nie buat kek lapis ker, kek tiramisu, kek coklat...nak gak aku merasa.