Tuesday, July 14, 2009

Profil Kelab dan Pengurus LS RMB (Eazy)

Kelab : LA Galaxy
Negara : Amerika Syarikat
Pengurus : Mohd Nurazila Bin Narizan
Pemain Utama :- Pavlyuchenko
- Thierry Henry


Liga Super Rumah Mawar Biru (LS RMB)




Dengan segala sukacitanya, pihak pengurusan RMB telah meng"gorgenize" Liga Super Rumah Mawar Biru untuk penyertaan seluruh penghuni rumah ini. Berikut adalah peraturan-peraturan LS RMB (jika xpaham,boleh rujuk pada papan kenyataan sebelah toilet Anip):

1) Gunakan kelab yang sama sahaja(Kelab sendiri sahaja)
2) Setiap kelab perlu main sampai habis liga.
3) Kelab yang xnak main, tak perlu main. Nama boleh cancel dengan diberi kemenangan 3-0 pada pihak lawan pada semua perlawanan.
4)Setiap keputusan perlu beritahu pencatat (wanchope/yasir)
5) Team boleh develop (+ player, DLL)

#masa perlawanan ikut waktu free & ade internet.




hotel mawar biru

mawar biru kini bertukar status dari rumah agam ke status HOTEL..

sejak krisis kemasukan elaun dan juga kelas yang begitu padat iaitu 4 jam saja seminggu penghuni mawar biru telah cuba menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang.

antara aktiviti yang dijalankan:

-buat asignment (main priority!) hahaha
-bejalan abiskan duit elaun
-blk kmpg dgn alasan nanti dh stat praktkum takle balik kmpg
-pergi makan sana sini
-shopping

disebabkan aktiviti tersebut penghuni tak pernah cukup

dah jadi mcm hotel pun ada..

penghuni macam biskut...kejap ada kejap takda

dengan ini diminta empunya blog iaitu enche bat supaya menukar nama blog ini kepada "hotel'

diharap permohonan ini diluluskan oleh pemegang saham terbesar..hahaha

p/s: enche bat juga tiada di rumah masa ini kerana bercuti di PD...tak bawak kitorang...dem!

Wednesday, July 1, 2009

Ke mana??

Ke mana kami selepas ini???

Mengikut sumber yang "sangat" boleh dipercayai iaitu matno, semester akhir ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan ramai pihak dalam satu masa

antara aktivitinya ialah:

bersiar-siar sekitar kota kelumpo
mendaki gunung tahan
bercuti ke eropah
bermalam di Genting


Macam-macam lagi yang matno plan...pelaksanaan entahla

entahkan jadi entahkan tidak.....

Makhluk kelaparan



Puas rasanya berendam di Sungai Congkak pagi tadi. Segala persiapan dirancang dengan rapi bagi melicinkan perkelahan 'bebudak laki' B.Ed QUT bagi kali ini. kehadiran 19 jejaka-jejaka idaman Malaya memang sedikit-sebanyak membantu memeriahkan perkelahan kami pada kali ini. Bertolak dari rumah lebih kurang jam 8 pagi. Biasa la kan sebab dah xde kelas ubtuk hari ini. Lebih baik kami melakukan aktiviti yang boleh menarik hati kami. Bukan senang nie nak hangout sama-sama.

Aktivit pada kali ini adalah proses membakar ayam dan juga berendam di sekitar Sugai Congkak. Kalau dah ada ayam, kompem la memasing berusaha untuk membuncitkan perut masing-masing. Yang dah sedia buncit, tambah lagi aset yang paling berharga pada diri masing-masing tue. Memang seronok. Paling best bila semua dah turun ke dalam air. Bergelak ketawa bersama.

InsyaAllah, next trip akan diupdate. kemana haluan kami selepas ini? tunggu dan lihat sahaja.

p/s - mungkin ada kejutannya.

Wednesday, June 17, 2009

Laporan #1

Lampu bilik air paras bawah dah blow. Gula pun dah habis, ini menyukarkan proses mengeteh di rumah mawar biru.

Sehingga laporan ini ditulis, ahli rumah baru ada 3 orang yang dah balik, iaitu Bat, Nik Afiq, dan Yasir.

Terima kasih diucapkan buat Nik Ahmad sebab tolong jaga rumah. Dia cakap rumah kita ada hantu, aku harem buat-buat tak percaya.

Yang melaporkan,
Bat

Thursday, June 11, 2009

Siri bercakap dengan Matno







Sila klik gambar untuk paparan yang lebih ekselen.