Sunday, January 11, 2009

Arnab makin membesar

Dah boleh makan sayur dah pun
tapi still lagi ditempatkan kat dalam umah
petang-petang jer bawak kuar main ngan ayahanda ngan bonda dia
biar happy sket
xde la terperap jer kat umah
kan dah besar susah lak kalau suka melepak

Saturday, January 10, 2009

Dada itu kepunyaan...

Keputusan peraduan..adalah seperti berikut..

Dada yang boleh dikatakan dalam proses nak masuk pertandingan Mr Malaysia tue adalah kepunyaan saudara yg bernama Yasir. Tahniah diucapkan kepada saudara Farizudin sebab dapat meneka dengan tepat. yang banyak kali meneka tue tak dapat la yerk. Sori Liza. Abg pejal plak. Sori la. lambat sangat menekanya. Tak dapat la candle light dinner kat umah kitorang. Untuk Fariz, sila tuntut hadiah anda di kaunter kecemasan. Masa adalah terhad. Makanan kat umah nie memang cepat abis. So faham-faham sendiri la yer. ahaks. nak tengok ker gamabr yasir? aku rasa tak payah la. lain kali jer las. takut model-model kat Malaysia nie tak leh nak cari makan lepas nie. gelebeh pun gelebeh la yer. hahahaha.

Thursday, January 8, 2009

Sweet kan?



I sedia dikritik untuk ke'sweet'an I ni. Sebelum terlupa, ada orang cakap suara I macam Farid Kamil.

See ya!

Wednesday, January 7, 2009

Macam-macam hal

Perhatian, gambar entri yang sebelumnya, bukan milik I. Badan I lebih tegap dan kental, tak geleber macam dalam gambar yang isk, malas dah nak sebut banyak kali.

I tengah tertekan sekarang. Bukan tertekan dengan perangai Zila yang suka mengepow rokok I, bukan tertekan kerana masakan Zila tak sedap, dan bukan tertekan kerana elaun tak masuk-masuk lagi.

I tertekan kerana ramai yang menyuruh I mencukur jambang dan memotong rambut. Ramai sangat. Rimas la. Rambut I yang kerinting macam Jimi Hendrix ni pun ada yang jeles. Huh~

Tak kurang juga, ada yang sanggup mengatakan I sudah jadi bapak orang. Please, ok. I masih bujang and available. Take note, ok.

Pun, ada juga yang mengusik I dengan mengatakan I adalah salah seorang pejuang Hizbollah dek rupa I yang serabut-but-sweet ni. Mereka menyuruh I pergi mengebom Hospital UKM di sebelah maktab kerana telah menceroboh kawasan maktab kami. I tak suka ganas-ganas ok, I jenis yang gentlemen. Kadang-kadang romantik jugak.

Ok la guys, I nak tengok TV dulu. I harap blog ini akan terus sukses.

Tata.

xoxo,
Bat

Tuesday, January 6, 2009

Gambar siapakah ini?


Peraduan nie terbuka kepada semua. kepada pemenang akan di jemput untuk menikmati makan malam istimewa bersama 13 putera yang hensem lagi bergaya di penthouse mawar biru. keputusan akan diberitahu kemudian. teka jangan tak teka.

pilihan jawapan adalah seperti berikut:-
1. Cham
2. Jijie
3. Mat Yie
4. Mat Nor
5. Jila
6. Mat Roz
7. Mat Anip
8. Sheikh
9. Bat Buruk
10. Yasir

11. Ali Faruqi @ Uki
12. Haji Wan Mabrur
13. Nik Apik

Penghuni mawar biru dilarang untuk mengambil bahagian dalam kuiz ini. jika tidak, anda akan didenda mengemas rumah dan memasak untuk semua penghuni dalam tempoh masa sebulan. MUKTAMAD. dengar tue bat. jangan dok sibuk nak meneka.

Untuk membantu anda semua. nie disediakan gambar2 penghuni mawar biru. agak-agak saper la tue ek? hahaha.

Belakang
Jijie, Matroz, Nik apik, Haji Wan, Mat Nor, Sheikh, Cham
Depan
Mat Anip, Yasir, Jila, Mat Yie, Bat
Tiada dalam gambar
Ali Faruqi @ Uki

Lupa plak nak bgtau..keputusan akan disiarkan pada 10hb nie secara online giteww. kita tengok nanti gambar saper ek. hehehe. Tergelak besar aku.

p/s ~ cecair putih di bdan tuan punya gambar yg menyertai peraduan nie adalah Sabuh Shokobutsu. Kepunyaan Jijie. Jangan nak pelik pelik-pelik.

Saturday, January 3, 2009

Ok, semua dah balik

Dengan ini dimaklumkan, semua ahli kongsi gelap rumah mawar biru sudah balik.

Nota tambahan: Rumah kami sekarang dah ada telefon. Dulu pun dah ada, tapi sekarang taktau pasaipa tiba-tiba kerap digunakan. Pelik pelik, =P

Hahahaha

Friday, January 2, 2009

Rumah klembali Meriah

wah..rumah semakin meriah nampaknya dengan kehadiran kembali penghuni-penghuni sebenar rumah mawar biru. Tak sabar nampaknya nak memulakan kelas semua ek. paling tak guna Bat la yang dah datang. hahahaha. Diantara yang dah menjejakkan kaki ke penthouse nie adalah Bat buruk, Cham, Mat yie, Yasir, Jijie, Sheikh, Nik Apik, Aku sendiri, semoga dengan kehadiran kalian semua bertambah kembali kemeriahan umah nie.